Tuesday, August 2, 2022

Info Tumbuhan Herba

 


Bil Nama Pokok Maklumat

1 Tumbuhan herba Akar Saga Dikenali juga dengan nama seperti Rosary Pea, Jequerity, Crab’s Eye, Precatory Bean, Gunja dan Ratti. Ia adalah sejenis legum dengan daun yang panjang.

Tumbuhan ini berasal dari Indonesia dan tumbuh di kawasan tropika dan subtropika.

Bahagian pohon ini yang digunakan adalah biji, daun dan akarnya. Bijinya bersifat afrodisiak, antimikrob, diuretik, expectorant, julap, purgatif, penyejuk dan sedatif.

Akarnya digunakan untuk rawatan gonorea dan penyakit kuning. Minyak yang diekstrak dari bijinya dikatakan menggalakkan pertumbuhan rambut manusia.

Benih ini digunakan sebagai kontraseptif, untuk merawat kencing manis dan nefritis yang kronik.


2 Pokok herba Jerangau Nama lain bagi Jerangau ialah Sweet flag dan Calamus root. Jerangau digunakan secara meluas dalam ubat herba moden sebagai perangsang aromatik dan tonik ringan.

Di Malaysia, ia ditanam di taman-taman belakang rumah orang Melayu dan India, di mana ia digunakan secara luaran sebagai losen.

Daunnya bersifat aromatik manakala rizomnya sangat harum, mengandungi minyak aromatik dengan sebatian yang tidak menentu.

Jerangau digunakan sebagai antibakteria, antisawan, antiseptik dan emetik.

Rizomnya digunakan sebagai ubat untuk kembung perut, kolik, dispepsia dan demam sekejap-sekejap, reumatik, penyakit saraf, masalah usus, disentri pada kanak-kanak, jangkitan bronkial dan asma.


3 Kapas Hantu Nama lainnya adalah Devil’s Cotton. Ia adalah pohon yang berasal dari Asia hinggalah ke Australia. Pokok ini biasa didapati di kebanyakan bahagian India. Ia juga boleh ditemui di Pakistan dan banyak negara Asia lain.

Dalam ayurveda, jus daunnya yang segar sangat berguna merawat penyakit uterus perempuan dan haid.

Ia mengawal pengeluaran haid dan bertindak sebagai tonik uterus. Kulit akarnya yang segar dan dikeringkan juga digunakan sebagai tonik uterus dan mengawal pengeluaran haid.

Jus segar yang diperoleh daripada kulit akarnya sangat berguna dalam masalah seperti dysmenorrhoea, amenorrhoea, masalah kencing dan bronkitis.

Daunnya digunakan dalam masalah diabetes, sakit reumatik dan sinusitis. Di Bali, Indonesia, ia digunakan sebagai tampalan untuk penyakit kudis buta atau scabies.


4 Tumbuhan herba Hempedu Bumi

Herba ini berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Tumbuhan herba ini telah digunakan selama berabad-abad dalam beberapa penawar di negara-negara seperti China, India dan Jawa.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini potensi sebenarnya ditemui dan sejak itu telah menarik perhatian pasaran herba dan farmaseutikal.

Ia kini dianggap sebagai herba baharu yang sedang diuji untuk rawatan pelbagai penyakit termasuk HIV, AIDs dan pelbagai gejala yang berkaitan dengan gangguan autoimun.

Di Malaysia, hempedu bumi biasanya ditanam di laman belakang atau di dalam pasu untuk tujuan perubatan.

Herba ini diberikan sebagai ubat tahan sakit, julap, melegakan batuk, pencernaan, sakit perut dan juga digunakan untuk mengubati diabetes, demam, jangkitan cacing, bronkitis yang kronik, kusta, kembung perut, kolik, disentri, dan penyakit kulit (contohnya luka terbakar, luka, ulser).

Ia juga merupakan ubat yang baik untuk merawat kesakitan akibat patukan ular dan masalah wanita.


5 Pokok herba Tutup Bumi Secara tradisinya, ia dianggap berkesan untuk merawat semua penyakit. Sehingga kini, tanaman ini belum dibiakkan di Malaysia tetapi dikumpulkan dari hutan liar oleh pengamal perubatan tradisional untuk disediakan sebagai ubat herba.

Herba ini digunakan sebagai diuretik, ubat demam dan untuk melegakan anuria dan blennorrhagia.

Selain itu, ia turut digunakan sebagai antibiotik, ejen antibengkak, antikeradangan dan pelembut kulit.

Ia dipercayai sebagai ubat yang baik untuk leucorrhea, anemia dan bermanfaat semasa kelahiran bayi.

Air rebusan yang dibuat daripada daun atau akarnya digunakan sebagai tonik untuk merawat kecacingan, merawat batuk dan penyakit kelamin.

Air rebusan yang dibuat daripada akar segar dan daun sireh dikatakan berfungsi untuk menahan muntah-muntah manakala daunnya disyorkan untuk merawat dropsy.


6 Senduduk

Nama saintifik : Melastoma malabathricum L, Nama biasa : Singapore rhododendron

Pokok daripada famili melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies, yang kebanyakkannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional.Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan.

Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.

Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik.

7 Kaduk

  Nama saintifik ialah Piper sarmentosum Roxb. Sejenis herba yang menjalar dan boleh mencapai sehingga 10 m panjang. Tumbuhan ini mempunyai rasa yang kurang pedas. Daunnya ringkas, berselang dan berbentuk seperti hati (7-14 cm 6-13 cm). Permukaan daun muda seperti berlilin. Bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya kecil , hitam , kering, dan bahagian hujungnya agak bulat. Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara , Timur Laut India , Selatan China , Kepulauan Andaman. India , Laos , Kemboja, Vietnam, Malaysia , Filipina dan Indonesia. Daun kaduk digunakan dalam ubat-ubatan tradisional di Asia . Analisis kimia menunjukkan bahawa daunnya mengandungi naringenin antioksidan. Amides dari buahnya telah terbukti mempunyai anti- batuk kering dan aktiviti anti- plasmodial . Tumbuhan ini juga berfungsi untuk membantu penghadaman dan merawat demam . Ia juga berfungsi sebagai pembuang kahak (ekspektoran) , buahnya membantu membantu dalam menghalang lendir dan bahan lain dalam saluran pernafasan. Akarnya mempunyai pelbagai kegunaan iaitu untuk rawatan sakit gigi, batuk, asma dan radang selaput dada serta dermatitis kulat pada kaki. 

8 Sembong

  Nama saintifik ialah Blumea Balsamifera manakala nama biasa ialah Sembong, Capa, Telinga kerbau. Salah satu pokok herba yang diluluskan di Jabatan Kesihatan Negara Filipina. Berbau kapur barus. Akar pokok ini diambil sebelum berbunga, katanya selepas berbunga rasanya tawar. Pokok Sambong digunakan sebagai salah satu rawatan herba untuk rawatan selesema dan diuretik. Di Negara Filipina, pokok ini dikenali sebagai sambong. Pokok ini juga digunakan di NegaraThai dan ubat-ubatan rakyat Cina. Spesies ini ditemui dalam zon-zon tropika dan Subtropika di Asia, terutama di Benua Kecil India dan Asia Tenggara. Spesies ini biasanya didapati tumbuh di kawasan terbuka dan juga terdapat di padang rumput. Merupakan tumbuhan kecil yang boleh membesar sehingga 4 m tinggi. Tumbuhan ini mempunyai bau kapur barus yang sangat kuat di sekitarnya. Mempuyai kulit berwarna coklat kelabu, manakala kayunya lembut dan berwarna putih. Mempunyai ukuran diameter di antara 2-8 cm. Daun berbentuk ringkas dan berselang. Pangkal daun runcing. Tepi daunnya bergerigi. Bahagian bawah daunnya berbulu manakala bahagian atas daun agak kesat. 

9 Kayu Manis

Nama saintifik ialah Cinnamomum verum manakala nama biasa ialah Ceylon cinnamon. Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus. Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain. 


10 Bertam Sulur

Sejenis orkid yang mempunyai nilai perubatan yang kurang dikenali. Namun begitu masyarakat melayu menggunakannya sebagai rawatan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Nama saintifik ialah Corymborkis veratrifolia manakala nama biasa ialah White Cinnamon Orchid. Sejenis herba terestrial (tumbuhan yang tumbuh di atas tanah) yang tumbuh secara berumpun. Bunganya berwarna putih dan boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja. Dipercayai didebungakan oleh rama-rama. Mempunyai batang yang tumbuh secara menegak. Helaian daun berukuran kira-kira 22-27 x 4.5-10 cm dan panjang tangkai daunnya kira-kira 0.5 cm . Mempunyai urat daun utama yang selari kira-kira 7-9 urat. Permukaan bawah daun berbulu agak jarang dan nampak seperti berkarat. Ukuran bunga kira-kira 5-10 cm panjang dan boleh mencapai sehingga 60 kuntum bunga. Ukuran sepal adalah lebih kurang 20-30 x 2-3 mm. Manakala ukuran kelopak bunganya adalah lebihkurang 25-30 x 3-4 mm. Daun segar yang dikunyah boleh menyebabkan muntah untuk mengubati demam di kalangan kanak-kanak dan cirit-birit. 


















No comments:

Post a Comment