Thursday, July 22, 2021

WEBINAR ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN

 HEBAHAN WEBINAR PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2021


Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Webinar Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan pada 3 Mei 2021, Isnin jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


Webinar ini bertujuan untuk mempromosikan program SLAAS sesi 2020/2021 kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Program SLAAS telah dimulakan pada tahun 2005 dalam usaha membudayakan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.


Semua pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, semua Guru (khasnya guru kelab alam sekitar sekolah) serta pelajar sekolah di seluruh Sekolah Rendah & Sekolah Menengah di Malaysia adalah dijemput untuk turut serta ke Webinar Promosi SLAAS Peringkat Kebangsaan ini.




Telah disertai oleh beberapa orang guru dan JK utama Program SLAAS

No comments:

Post a Comment