PENGENALAN :
Sumber:
https://ras.doe.gov.my/v2/pendidikan-kesedaran-alam-sekitar/sekolah-lestari-anugerah-alam-sekitar/
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Latar Belakang
Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar, (JAS) ialah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Selain daripada menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan kualiti alam sekitar, JAS juga menitikberatkan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada seluruh masyarakat termasuklan Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar.
Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua- Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu. Program ini mula dilaksanakan dan diterapkan kepada sekolah-sekolah sejak Tahun 2005.
Garis Panduan ke Arah Pembentukan Sekolah Lestari telah dihasilkan yang bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.
Logo Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
Menekankan unsur pertumbuhan dan produktiviti warga sekolah. Lima (5) helai daun dalam grafik mewakili komponen Pengurusan, Penghijauan, Kurikulum, Kokurikulum dan Elemen Khas. Grafik bunga raya mewakili identiti Malaysia dan profesion guru yang mulia. Skema warna hijau dan biru bermaksud keceriaan, keharmonian dan kelestarian alam sekitar.
Hasrat Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai lapan (8) prinsip dan tujuh (7) strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21 (Lampiran 1).
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan masyarakat. Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah dalam lima (5) Komponen Sekolah Lestari iaitu:
Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam sama ada dalam persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.
Selain itu, program ini juga turut menerapkan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) terutamanya:
CONTOH – CONTOH KOMPONEN SEKOLAH LESTARI YANG TELAH DI BUAT DI SEKOLAH
KOMPONEN PENGURUSAN
KOMPONEN PENGHIJAUAN
KOMPONEN KOKURIKULUM
ELEMEN KHAS
Hasrat Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar juga selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara yang bertujuan mengarusperdanakan perubahan iklim melalui sumber yang bijaksana dan pemuliharaan alam sekitar yang dipertingkatkan untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi dan kualiti hidup. Dasar ini merangkumi lima (5) prinsip :
Nilai-nilai sivik yang diterapkan melalui Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar berupaya membentuk suasana dan persekitaran pembelajaran di sekolah yang lebih kondusif dan komprehensif.
KONSEP SEKOLAH – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (Rajah 1).
Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah .
Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar mampu mewujudkan sekolah sebagai pusat kecemerlangan alam sekitar. Selain itu, turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran yang berupaya mempengaruhi dan mengubah sikap seluruh warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.
Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar juga adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan (Rajah 2)
No comments:
Post a Comment