Tuesday, June 18, 2024

GOTONG ROYONG MADANI SMKA SHAMS 2024

 

Assalamualaikum wbt

Makluman ‼️

SMKA SHAMS akan mengadakan
Program Gotong-Royong Madani seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 22 Jun 2024
Hari : Sabtu
Masa : 7.00am-12.30pm
Pakaian : Baju Sukan

🔆 Semua murid DIWAJIBKAN hadir.

🔆 Ibu bapa / penjaga amat dialu-alukan untuk turut serta menjayakan program ini.

🔆 Kerjasama daripada semua ibu bapa / penjaga amat kami harapkan.

🔆 Berikut merupakan pautan untuk mengisi kehadiran ibu bapa / penjaga selewat-lewatnya hari khamis.

https://forms.gle/k8i8e8AnYfLGyQJU6 

🔆 Sarapan disediakan.

Terima kasih.

Jawatankuasa 3K








Tuesday, April 23, 2024

HARI BUMI


 

Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada setiap tahun telah terlibat dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar.


Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Sambutan yang disambut setiap tahun sejak 1970 ini bertujuan mempelbagaikan, mendidik dan memacu gerakan kelestarian alam sekitar di seluruh dunia. Tema Hari Bumi pada tahun ini “Planet vs Plastics” dipilih bagi menangani salah satu isu sejagat masa kini iaitu pencemaran plastik serta keperluan bertindak untuk mencapai sasaran pengurangan 60% pengeluaran plastik global menjelang tahun 2040.

Dalam konteks ini, adalah penting untuk memahami bahawa pemeliharaan bumi adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipegang oleh setiap individu, organisasi, dan masyarakat secara keseluruhan.Pencemaran plastik telah menjadi salah satu ancaman utama terhadap kelestarian alam kita. Plastik yang tidak terurus dengan betul berakhir di lautan, sungai, dan kawasan alam semulajadi lain, menyebabkan pencemaran yang serius terhadap persekitaran dan ekosistem marin. Ia juga mempengaruhi kesihatan manusia dan haiwan, dengan mikroplastik yang dijumpai dalam makanan laut dan sumber air kita.

Dalam usaha untuk mengatasi cabaran pencemaran alam sekitar ini, setiap individu mempunyai peranan yang penting untuk dimainkan. Pertama sekali dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai dalam kehidupan seharian. Ini boleh melibatkan langkah-langkah sederhana seperti menggunakan beg beli-belah kain, membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan, dan mengelakkan pembelian produk plastik sekali guna.

SELAIN DARIPADA ITU, AMALAN-AMALAN SIFAR BUANGAN PLASTIK ( ZERO WASTE ) JUGA BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN JUMLAH PLASTIK YANG DIBUANG. INI MELIBATKAN PENGURANGAN DAN PENGELAKAN PEMBUNGKUSAN PLASTIK DALAM PEMBELIAN PRODUK HARIAN, SERTA MENGAMALKAN PEMBUANGAN YANG BETUL MELALUI KITAR SEMULA DAN PENGGUNAAN SEMULA.

Di samping tindakan individu, penting juga untuk mendorong perubahan dalam peringkat yang lebih besar. Ini termasuk menyokong dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan alternatif kepada plastik, seperti pembungkusan berkelompok, serta mengenakan cukai atau denda terhadap penggunaan plastik sekali pakai.

Pendidikan dan kesedaran juga merupakan aspek penting dalam usaha mencapai sasaran 60% pengeluaran plastik global menjelang tahun 2040. Program-program pendidikan awam, kempen kesedaran, dan aktiviti komuniti boleh membantu menyedarkan masyarakat tentang impak negatif plastik terhadap alam semulajadi dan menggalakkan amalan-amalan yang lebih mesra alam.

Dalam kesimpulannya, menjaga bumi bukanlah tanggungjawab yang hanya terletak pada satu pihak, tetapi merupakan tanggungjawab bersama kita semua. Dengan tindakan yang bersatu dan kesedaran yang tinggi, kita dapat melindungi alam semulajadi kita daripada ancaman pencemaran plastik dan mewarisi bumi yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

Sumber Laman Web Rasmi, Majlis Keselamatan Negara

Salam Semua. Link Soalan Kuiz bagi Hari Ini adalah seperti di bawah.

Kuiz Econinja International Pallas's Cat Day 2024 (Unlimited Ends at 11.59am 26/4/2024), ***Sangat sesuai untuk penglibatan semua pelajar dan anak-anak. Tiada had bagi semua untuk terlibat. Sesuai untuk Rekod PAJSK. 60% markah lulus.
*** Peringatan Penting!! Sila pastikan email yang anda masukkan adalah betul bagi tujuan menjimatkan masa dan memastikan semua sijil dapat diterima oleh semua. Adalah penting untuk anda menerima email susulan selepas menjawab soalan Kuiz tersebut, bagi menandakan email anda boleh dicapai dan boleh digunakan bagi penghantaran e-sijil di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh tutup Kuiz ini.
Semoga melalui usaha ini, kita mendapat sedikit ilmu bagi menyambut Hari Kucing Pallas's Antarabangsa 2024 ini.
Bantu Kami dengan #Like, #Follow dan #Share Post in ya! Terima kasih!
Selamat Menjawab! Link adalah seperti berikut! #econinja #enjoyeconinja

. Tema : Clean-Up Program / Program Pembersihan Kawasan
2. Kelayakan: Terbuka kepada semua pelajar/ ahli Econinja setiap peringkat (Individu/Kumpulan)
3. Tempoh: Aktiviti Clean-Up mestilah melebihi 60 minit
4. Tarikh Pendaftaran : Tarikh tutup pendaftaran program adalah pada 25 April 2024, 11:59 AM].
5. Kaedah Penyerahan :
a. Setiap peserta bebas menghantar penyertaan tanpa had.
b. Bukti Penganjuran mesti dalam format gambar/ video dan akan dimuat naik ke
Platform Instagram/TikTok Econinja dan Instagram/TikTok Peserta dengan
menggunakan hashtag #econinja dan mention @econinjamy #earthday2024.
c. Link Posting Gambar/Video tersebut boleh di hantar ke Page Inbox Econinja bagi
tujuan penilaian dan pemberian Link Pendaftaran Sijil Penyertaan Aktiviti
6. Hak Kepemilikan, Penggunaan & Lain-lain
a. Dengan menyertai, peserta memberi hak kepada Econinja untuk menggunakan
gambar/video mereka untuk tujuan promosi berkaitan dengan inisiatif kesedaran
alam sekitar.
b. Econinja akan memberi kredit kepada pencipta setiap kali video mereka
digunakan.
c. Entri yang melanggar garis panduan komuniti Instagram/ TikTok atau dasar etika
akan dibatalkan.
d. Dengan mengikuti peraturan dan garis panduan ini, peserta dapat menyumbang
kepada penyebaran kesedaran pemuliharaan alam sekitar melalui kandungan yang
kreatif dan menarik.


Salam Sejahtera Econinjas!
Semalam merupakan hari yang amat mengujakan di mana Kita semua berjaya mencipta rekod berikut :
1. Memecahkan rekod penyertaan teramai Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja 2024 Earth Hour (7,263) sebanyak hampir 3 kali ganda!
2. Mencipta rekod baru teramai Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja All-Time Since 2020 iaitu seramau 20,320 orang.
3. Penglibatan kali ini melibatkan tambahan penyertaan daripada Rakan kita dari Negara Indonesia selain daripada Rakan Utama kita Negara Brunei Darussalam.
4. Team Econinja Pulau Pinang berjaya menjadi Champion #1 (3,619) diikuti oleh Team Econinja Sarawak #2 (3,512), Team Econinja Johor #3 (1,823), Team Econinja Sabah #4 (1,813) dan Team Econinja Negeri Sembilan #5 (1,791). Tahniah Team! Nantikan Sijil Anugerah Khas Negeri untuk 5 Spot ini.
5. Berikutan penciptaan rekod baru ini, barisan Penasihat Econinja dengan rasa bangga dengan secara rasminya mengumumkan, bahawa semua peserta yang terlibat, di dalam Siri Kuiz ini, samada yang telah mendapat markah >60% ataupun bawah daripada jumlah tersebut secara automatik menjadi Ahli Rasmi Econinja 2024.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan Kuiz Hair Haiwan Akuatik Sedunia 2024 semalam terutama sekali ahli-ahli Econinja Network, Para Penjaga (Ibu-Bapa), Guru-guru (Termasuk Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru Tingkatan/Kelab/Persatuan) serta semua pihak yang menyumbangkan masa dan tenaga bagi menyokong Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja : Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024 ini.